Wednesday 12 April 2017

PELAKSANAAN DCS (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS) MURID TAHUN 2017


Kementerian Pendidikan Malaysia danMalaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaituDigital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital(Digital Competency Standards - DCS),yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi(gamification)telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 3,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital(Digital Competency Standards - DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 10 April -15 Mei 2017 .

URL DCS 2017 : Portal Digital Competency Standards (DCS) 2017

Sebanyak 35 buah sekolah Daerah Segamat terlibat dengan DCS pada tahun ini.  9 buah sekolah ahli zon PKG Bandar Segamat yang terlibat adalah seperti di bawah:
1.   SMK AGAMA SEGAMAT
2.   SMK PADUKA TUAN
3.   SK TENANG STESEN
4.   SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU SEGAMAT
5.   SJKT LADANG VOULES
6.   SJKT BANDAR SEGAMAT
7.   SJKC SEG HWA
8.   SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN
9.   SK LKTP REDONG

Taklimat pelaksanaan DCS Murid Tahun 2017 Daerah Segamat adalah berdasarkan kepada ketetapan berikut:
          Tarikh : 17 April 2017
          Masa : 2:30 - 5:00 petang
          Tempat : PKG Segamat Baru, Segamat
          Tindakan : Guru Penyelaras ICT Sekolah (GICT) atau Guru Penyelaras Bestari (GPB)

Muat turun : 1.   Surat Panggilan Taklimat
                     2.   Senarai Sekolah DCS 2017
                     3.   Surat Arahan Pelaksanaan BTPNJ KPM
                     4.   Manual DCS 2017





No comments:

Post a Comment