Monday 7 November 2016

KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan ASTRO Kasih melaksanakan projek Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 31 Mac 2016 yang lalu.  Sehubungan dengan itu, pihak ASTRO bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan KABKS seperti di bawah:
  • Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang dengan kemudahan KABKS sejak tahun 2008.
  • Pemasangan baru KABKS di sekolah yang belum dipasang sejak tahun 2008.

Mengikut MoU tersebut, pembekal ASTRO akan membekal dan menyelenggara peralatan KABKS seperti berikut:

PERALATAN YANG DIBEKALKAN
Pemasangan Baharu
Penyelenggaraan Jika Rosak
TV
Set Dekoder
Set Dekoder (DMT-5)
Kad Pintar (Smart Card)
Kad Pintar (Smart Card)
Out Door Unit (ODU)
Out Door Unit (ODU)


Bahan-bahan Bengkel KABKS

KEPUTUSAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERDASARKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG BANDAR SEGAMAT BAGI TAHUN 2013-2016




Keputusan Penarafan Pembestarian Sekolah Smart School Qualification Standards (SSQS) dari tahun 2013 hingga 2016 bagi sekolah-sekolah zon PKG Bandar Segamat boleh disemak melalui URL berikut : http://gg.gg/SSQS2013-2016 .

Diharapkan keputusan yang dipaparkan menjadi rujukan dan panduan berguna semasa membuat pengisian dalam penilaian SSQS 2017 nanti dengan mencapai tahap pembestarian sekolah 100% iaitu berada pada tahap 3 hingga 5 bintang.

Wednesday 27 April 2016

VLE CRMO DAERAH SEGAMAT

Untuk sekolah yang berkenaan anda diminta mengisi maklumat pada pautan :


Anda juga diminta memuat turun surat tawaran dan surat menerima/menolak pada pautan :


Surat bersetuju/menolak hendaklah dihantar kepada PKG yang berhampiran

Terima kasih.

Wednesday 13 April 2016

Garis Panduan Penerimaan NB1M

Pihak kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa beberapa sekolah di Daerah Segamat telah menerima pengagihan Netbook 1Malaysia sumbangan daripada pihak SKMM. Oleh itu pihak sekolah diminta bersedia untuk membuat segala proses penerimaan seperti tertakluk di dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia KP 2/2013).

Pihak sekolah juga dipohon untuk menyediakan 2 Salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) secara lengkap dan bertandatangan. Sila hantar dengan kadar segera ke PKG masing-masing.

Pihak sekolah juga dipohon untuk merujuk kepada Garis Panduan Pengagihan Netbook 1Malaysia Bagi Sekolah-Sekolah KPM yang boleh dimuat turun di URL dibawah. Sebarang kemusykilan sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan yang berhampiran.

Muat turun :

Sunday 10 April 2016

Kutipan Data NILAM bagi Mac 2016

TEMPLATE DATA NILAM SEKOLAH MENENGAH

TEMPLATE DATA NILAM SEKOLAH RENDAH

1.Download
2.Rename file kepada nama sekolah
3.Isi maklumat sekolah
4.Isi data - lengkapkan ruangan bewarna hijau sahaja

Hantar di alamat emel 9w2ndz@gmail.com

KHIDMAT BANTU PSS 2016







Khidmat bantu PSS telah dijalankan pada 3 Mac dan 5 April 2016 di SMK Dato' Bentara Dalam Segamat dan 6-7 April 2016 di SK Bandar Putra.