Monday 7 December 2015

MAKLUMBALAS PERKHIDMATAN PAYPHONE DI SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG BANDAR SEGAMAT



Untuk makluman, pihak SKMM dengan kerjasama BTP sedang dalam perancangan untuk menentukan jumlah sekolah yang terlibat dan keutamaan pemasangan perkhidmatan telefon awam di sekolah-sekolah berdasarkan status Sekolah Harian, Sekolah Asrama Penuh, Sekolah Menengah/Rendah dan Sekolah Luar Bandar/Bandar/Pedalaman
               
            Bersama-sama ini dilampirkan memo dalaman arahan yang jelas maksudnya seperti perkara di atas dengan no.rujukan KP (BTP-PENT)S/8800/50/25-10 Jld. 4  (70 ) bertarikh 2 Disember 2015 dan Aplikasi Borang untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

url

            Dimohon kerjasama pihak GICT/GPB sekolah-sekolah zon PKG Bandar Segamat agar dapat mengisi maklumat yang diperlukan  sebelum atau pada 10 Disember 2015 (Khamis) bagi urusan semakan sebelum dipanjangkan kepada pihak BTP.


download  Memo Dalaman

Wednesday 28 October 2015

KAJIAN PROGRAM NILAM


Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapat maklum balas pencapaian objektif dan matlamat Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan Program NILAM yang selama ini merupakan usaha berterusan KPM dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan murid.

Setiap sekolah dikehendaki menjawab kajian ini mengikut ketetapan berikut :
1. Seorang GPM / Guru NILAM
2. Dua orang murid

Kajian soal selidik ini boleh diakses sehingga 6 November 2015

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian berikut: 03-2081 8196/8175/8182/8012

Monday 19 October 2015

Tuesday 13 October 2015

MESYUARAT GPM 02/2015



Terima kasih kepada GPM yang sudi datang memberikan kerjasama yang terbaik untuk bermesyuarat. Terima kasih juga di atas perbincangan dan idea bernas yang di berikan.

Berikut adalah bahan-bahan untuk rujukan :

Monday 3 August 2015

BAHAN MESYUARAT GPB/GICT BIL. 01/2015

 Terima kasih kepada GPB / GICT yang sudi datang ke PKG Bandar Segamat untuk bermesyuarat dan mendengar taklimat SSQS. Anda Semua memang sporting.

Berikut bahan mesyuarat untuk rujukan pihak tuan puan ..



Saturday 18 April 2015

PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015 (KM1M 2015)


Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid.

Program KM1M 2015 di Peringkat Kebangsaan akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 21 hingga 23 April dengan temaMembaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Majlis Pelancarannya akan diadakan pada 21 April 2015 di SMK Tengku Afzan, Alor Akar, Kuantan, Pahang. Manakala pelancaran peringkat Negeri Johor akan diadakan di SK Kampung Pasir, Johor Bahru pada tarikh yang sama.
Sehubungan itu, dipohon Guru Perpustakaan dan Media mengambil tindakan untuk melaksanakan pelancaran dan program tersebut di sekolah masing-masing. Pelaporan KM1M perlu dihantar secara hardcopy ke PKG masing-masing mulai 24 April hingga 30 April untuk dihantar ke KPM.
Muat turun :
1.   Surat KPM 1
2.   Surat KPM 2