Monday 27 October 2014

Kepada sekolah yang telah melaporkan kerosakkan peralatan ICT di dalam STS. Sila ambil perhatian,  diharapkan pihak sekolah dapat mengambil tindakan segera, tepat dan betul agar melancarkan proses menyelengara peralatan tersebut. Adalah diingatkan bahawa, sekiranya maklumat yang perlu tidak dilengkapkan akan menyebabkan proses penyelengaraan akan tergendala.

Bersama ini disertakan dokumen yang berkaitan untuk panduan dan tindakan selanjutnya:


Tatacara Perlaksanaan penyelengaraan peralatan ICT 2014.
setelah selesai mengisi dalam Log Aduan STS.

1. Pihak sekolah Perlu menyediakan dokumen KewPA-2 atau Kew 312, KewPA-9     dengan lengkap dan betul. (* Dokumen yang tidak lengkap akan menyukarkan     proses menyelenggara......)

2. Pihak PKG akan membuat Verifikasi terhadap kerosakan.

3. Pihak Vendor akan membuat pembaikan dan pengujian.

4. Pihak sekolah menyediakan dokumen Kew-PA-14. ( laporan penyelengaraan )

Sunday 26 October 2014

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) DAN KEMPEN READ: "ONE NATION READING TOGETHER"


Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: "One Nation Reading Together" merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Justeru itu mohon kerjasama Guru Perpustakaan Media ( GPM ) melaksanakannya untuk sekolah masing-masing. Berikut  disertakan bahan untuk melaksanakan program tersebut :

1.   Surat KM1M dan READ 2014
2.   Contoh aktiviti
3.   Borang Laporan Aktiviti

Laporan yang telah lengkap hendaklah di hantar ke:

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor,
Jalan Hang Jebat, Taman Skudai Baru,
81300 Johor Bahru, Johor.
(u/p: Unit Perkhidmatan Pusat Sumber )

dan salinan ke PKG Bandar Segamat (email: pkg_bandar_segamat@moe.gov.my)

Monday 14 April 2014

JEMPUTAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Segamat
Tuan/puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Jom Baca bersama 10 minit akan diadakan pada 22 April 2014 sempena Hari Buku Sedunia yang akan disambut pada 23 April 2014 nanti. Program ini akan dijalankan serentak di seluruh negeri Johor pada tarikh tersebut.
Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang terlibat dijemput untuk menyertai program tersebut. Bersama-sama ini disertakan surat makluman pelaksanaan program tersebut untuk makluman tuan/puan.
Sekian, terima kasih.

KLIK DI SINI UNTUK SURAT MAKLUMAN DAN UNTUK MENDAPATKAN BORANG PENYERTAAN

Sunday 13 April 2014

ARAHAN TERKINI DARIPADA BTP BERKAITAN KUTIPAN DATA PCG PSS

Sila abaikan penggunaan borang yang diemelkan. SILA GUNA BORANG ONLINE DI PORTAL SUMBER PENDIDIKAN DI ALAMATbibliografi.moe.edu.my di bawah tajuk PCG PSS.... arahan BTP KPM. Saya pohon maaf bagi pihak BTP atas pindaan tersebut. 

Tuesday 18 March 2014

KEPUTUSAN ANUGERAH NILAM NEGERI JOHOR 2014

KATEGORI SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA

TEMPAT KETIGA    
DANIAL AIMAN BIN MAZLAN – SK BANDAR SERI ALAM PASIR GUDANG

NAIB JOHAN
NURUL FATIHA BINTI A. RAHMAN – SK ANDEK MORI PONTIAN

JOHAN
NURSHUHADAH BINTI AKMAL MAHMUDI MOHAMAD FAKARUDIN - SK CONVENT MUAR


KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BAHASA MALAYSIA

TEMPAT KETIGA    
NADIA HIZZATI BT SAID – SMK TINGGI KLUANG

NAIB JOHAN
NUR NAJIHAH BINTI MOHD ASRI - SEKOLAH TUN FATIMAH JOHOR BAHRU

JOHAN
FASIHAH FITRI BINTI ZULKIPLI - SM SAINS SULTAN ISKANDAR, MERSING


KATEGORI SEKOLAH RENDAH BAHASA INGGERIS

TEMPAT KETIGA    
ADLIN NABILA BINTI MANSOR – SK KOPOK PASIR GUDANG

NAIB JOHAN
ARRTHY A/P SUBRAMANIAM - SK(P) SULTAN IBRAHIM JOHOR BAHRU

JOHAN
SURAYA HANI BINTI DAUD - SK SULTAN ABU BAKAR 1, MUAR


KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BAHASA INGGERIS

TEMPAT KETIGA    
GAN MEE SAN - SMK DATO BENTARA DALAM SEGAMAT

NAIB JOHAN
ANUSHA A/P SUBRAMANIAM - SMK CONVENT MUAR

JOHAN
NUR MAISARAH BINTI MORTAZA - SEKOLAH TUN FATIMAH JOHOR BAHRU


TAHNIAH...

Tuesday 4 March 2014

SOAL SELIDIK PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DAN PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI BAHASA MALAYSIA DAN ENGLISH LANGUAGE DI SEKOLAH TAHUN 2014



Dimaklumkan bahawa Bahan Digital dan Perisian Kandungan MBMMBI telah diedarkan ke Sekolah pada Januari 2014.

Sehubungan dengan itu KPM meminta jasa baik pihak sekolah untuk mengisi borang soal selidik secara online di URL berikut: http://goo.gl/X2s40o dan sila bual satu salinan (dicetak melalui Internet Explorer sebelum klik Submit) untuk dihantar ke pusat Kegiatan Guru masing-masing sebelum 20 Mac 2014.

Saturday 1 March 2014

Anugerah NILAM Negeri Johor 2014

Tarikh   : 11 hingga 13 Mac
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

Sunday 26 January 2014

MESYUARAT GPM 01/2014
27 JAN 2014 - AHAD
BILIK SEMINAR SKTAR SEGAMAT




PENCAPAIAN SSQS, IQ-PSS DAN ANALISIS BACAAN NILAM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEGAMAT BAGI TAHUN 2013



Berikut adalah url pencapaian SSQS, IQ-PSS dan Analisis Bacaan NILAM  bagi sekolah-sekolah di daerah Segamat. Guru-guru Perpustakaan dan Media boleh memuat turut dan membuat analisa keputusan berkenaan dan boleh dijadikan panduan dan persediaan bagi program PSS sepanjang tahun 2014.

Muat turun keputusan :    
1.   SSQS Daerah Segamat
2.   SSQS Negeri Johor
3.   IQ_PSS Daerah Segamat
4.   Analisis Bacaan NILAM Daerah Segamat

Tuesday 14 January 2014

Borang Pencalonan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Segamat 2014

 KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN BORANG

Tarikh Akhir : 28 Januari 2014 (hantar di PKG Segamat Baru)

Untuk keterangan lanjut boleh sila hubungi En. S. Kanagalingam a/l  P. Seeny – PPPD Bahasa dan Bahasa Inggeris di talian 07-9333052 atau 012-7191442, atau PTP PKG daerah Segamat.