Wednesday, 19 July 2017
PERLAKSANAAN SMART SCHOOL STANDARD QUALIFICATION (SSQS) 3.0 TAHUN 2017 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Dengan hormatnya surat dari JPN Johor JPNJ.SPMICT(21)/100-13/3/3 JLD.8 (21) bertarikh 31 Mei 2017 dengan jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian dan tindakan pihak sekolah zon PKG Bandar Segamat selanjutnya.
Sehubungan dengan itu, tuan adalah dimohon untuk melaksanakan penarafan Pembestarian sekolah tersebut. Berikut adalah pautan URL penarafan yang boleh diakses mulai 15 Julai 2017 hingga 30 Ogos 2017.
URL Utama : http://best.moe.edu.my/ssqs/johor/
URL Alternatif : http://btpnjohor.moe.gov.my/ssqs2017/
Bersama-sama dengan ini juga disedialkan panduan video juga disediakan untuk maklumat dan tindakan awal pihak tuan.
Admin sekolah : http://gg.gg/ssqsv3-adminsekolah
Admin Responden : http://gg.gg/ssqsv3-responden
Muat Turun Bahan:
1. Garis Panduan SSQS 3.0 (Klik)
2. Instrumen SSQS 3.0 (Klik)
3. Panduan Jumlah Responden (Klik)
4. Indikator Penarafan (Klik)
5. Surat SSQS JPNJ & KPM (Klik)
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh hubungi En. Mohd Nazri bin Ahmad Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Segamat di talian 07-9321260
Wednesday, 12 April 2017
PELAKSANAAN DCS (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS) MURID TAHUN 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia danMalaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaituDigital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital(Digital Competency Standards - DCS),yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015. Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi(gamification)telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 3,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital(Digital Competency Standards - DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 10 April -15 Mei 2017 .
URL DCS 2017 : Portal Digital Competency Standards (DCS) 2017
Sebanyak 35 buah sekolah Daerah Segamat terlibat dengan DCS pada tahun ini. 9 buah sekolah ahli zon PKG Bandar Segamat yang terlibat adalah seperti di bawah:
1. SMK AGAMA SEGAMAT
2. SMK PADUKA TUAN
3. SK TENANG STESEN
4. SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU SEGAMAT
5. SJKT LADANG VOULES
6. SJKT BANDAR SEGAMAT
7. SJKC SEG HWA
8. SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN
9. SK LKTP REDONG
Taklimat pelaksanaan DCS Murid Tahun 2017 Daerah Segamat adalah berdasarkan kepada ketetapan berikut:
Tarikh : 17 April 2017
Masa : 2:30 - 5:00 petang
Tempat : PKG Segamat Baru, Segamat
Tindakan : Guru Penyelaras ICT Sekolah (GICT) atau Guru Penyelaras Bestari (GPB)
Muat turun : 1. Surat Panggilan Taklimat
2. Senarai Sekolah DCS 2017
3. Surat Arahan Pelaksanaan BTPNJ KPM
4. Manual DCS 2017
Thursday, 6 April 2017
KHIDMAT BANTU PSS 2017
Khidmat bantu PSS telah dijalankan pada 2 dan 3 April di SK Bandar Putra
Khidmat Bantu PSS di SMK Agama Segamat pada 5 dan 6 April 2017.
Wednesday, 5 April 2017
FORMAT BUKU REKOD NILAM 2017
Program
NILAM yang ditambahbaik telah dirintis di 104 buah sekolah di Selangor pada
tahun 2016. Hasil daripada rintis
tersebut, satu format perekodan NILAM yang baharu telah disediakan.
Format Buku Rekod NILAM yang terkini dengan
penambahbaikkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian
Pendidikan Malaysia ini akan mula digunakan mulai sesi persekolahan 2017.
1. Buku Rekod
Bacaan-Sekolah Rendah (Muat Turun)
2. Buku Rekod
Bacaan-Sekolah Rendah BC (Muat Turun)
3. Buku Rekod
Bacaan-Sekolah Rendah Tamil (Muat Turun)
4. Buku Rekod
Bacaan-Sekolah Menengah (Muat Turun)
5. Bahan Taklimat (Muat Turun)
Tuesday, 14 March 2017
ANUGERAH NILAM NEGERI JOHOR 2017
Anugerah NILAM Negeri Johor 2017 telah dijalankan pada 12 - 14 Mac 2017 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, Skudai. Majlis perasmian penutup yang dilangsungkan di SM Teknik Johor Bahru, telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Adam bin Sumiru, ADUN Tanjung Puteri.
Keputusan Anugerah NILAM Negeri Johor 2017 adalah:
A. Kategori Sekolah Rendah - Bahasa Malaysia
Johan - Daerah Kota Tinggi
Naib Johan - Daerah Segamat
Ketiga - Daerah Mersing
B. Kategori Sekolah Rendah - Bahasa Inggeris
Johan - Daerah Johor Bahru
Naib Johan - Daerah Kota Tinggi
Ketiga - Daerah Segamat
C. Kategori Sekolah Menengah - Bahasa Malaysia
Johan - Daerah Mersing
Naib Johan - Daerah Batu Pahat
Ketiga - Daerah Pontian
D. Kategori Sekolah Menengah - Bahasa Inggeris
Johan - Daerah Johor Bahru
Naib Johan - Daerah Segamat
Ketiga - Daerah Mersing
Persembahan multimedia NILAM Negeri Johor : https://vimeo.com/208234880
Monday, 7 November 2016
KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memeterai memorandum
persefahaman (MoU) dengan Yayasan ASTRO Kasih melaksanakan projek Kampus ASTRO
Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 31 Mac 2016 yang lalu. Sehubungan dengan itu, pihak ASTRO bersetuju
untuk membekalkan perkhidmatan KABKS seperti di bawah:
- Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang dengan kemudahan KABKS sejak tahun 2008.
- Pemasangan baru KABKS di sekolah yang belum dipasang sejak tahun 2008.
Mengikut MoU tersebut, pembekal ASTRO akan membekal dan
menyelenggara peralatan KABKS seperti berikut:
PERALATAN YANG DIBEKALKAN
|
|
Pemasangan Baharu
|
Penyelenggaraan Jika Rosak
|
TV
|
Set Dekoder
|
Set Dekoder (DMT-5)
|
Kad Pintar (Smart Card)
|
Kad Pintar (Smart Card)
|
Out
Door Unit (ODU)
|
Out
Door Unit (ODU)
|
|
Surat Makluman Kepada JPN
URL Instrumen Pemantauan (Pemasangan Baru/Penyelenggaraan)
Instrumen Baru Kampus Astro (pdf)
Penyelenggaraan Kampus Astro (pdf)
Bahan-bahan Bengkel KABKSURL Instrumen Pemantauan (Pemasangan Baru/Penyelenggaraan)
Instrumen Baru Kampus Astro (pdf)
Penyelenggaraan Kampus Astro (pdf)
KEPUTUSAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERDASARKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG BANDAR SEGAMAT BAGI TAHUN 2013-2016
Keputusan Penarafan Pembestarian Sekolah Smart School Qualification Standards (SSQS) dari tahun 2013 hingga 2016 bagi sekolah-sekolah zon PKG Bandar Segamat boleh disemak melalui URL berikut : http://gg.gg/SSQS2013-2016 .
Subscribe to:
Posts (Atom)






